Telegram Group Search
Negara Islam hanya meraung dari jauh konon marah Israel

Hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya dari awal peperangan

BANGI, 22 Zulkaedah 1445H, Isnin - Biarpun 36,171 nyawa sudah terkorban, dunia masih belum mampu menghentikan kejahatan dan kekejaman Israel.

Seluruh pelusuk dunia negara-negara Islam hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya dari awal peperangan sehinggalah hari ini.

Hakikatnya, Israel makin berani kerana yakin tiada siapa dapat menghalang keganasan tanpa henti di Semenanjung Gaza, malah berikrar tetap mahu menghapuskan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Penasihat Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipuddin Ab Kadir meluahkan kekecewaan kerana dunia seolah membiarkan mereka dibunuh oleh Israel.

"Amerika Syarikat (AS), Britain dan beberapa buah negara antara pendukung Israel membekalkan senjata yang canggih untuk membunuh mereka.

"Malangnya, negara Islam hanya meraung dari jauh kononnya marah kepada Israel," katanya.

Penduduk di bandar Gaza dan wilayah utara terus mengalami kebuluran lebih daripada tiga minggu.

Para penduduk telah menghabiskan baki bekalan makanan mereka berikutan kekurangan bantuan yang diterima.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi amaran bahawa bantuan "tidak sampai kepada penduduk" di Gaza dan akibatnya "kanak-kanak kebuluran."

"Mereka jelas tidak mendapat jumlah yang mereka sangat perlukan untuk mengelakkan kebuluran," kata Jurucakap OCHA PBB, Jens Laerke, dalam taklimat PBB di Geneva, lapor Agensi Anadolu.

Menjawab soalan Anadolu mengenai rampasan Koridor Philadelphi oleh Israel, Laerke berkata: "Lebih banyak tindakan ketenteraan biasanya tidak membantu usaha-usaha kemanusiaan."

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan notis kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) semua negara pada Khamis lepas tentang langkah mengadakan kawalan keselamatan ketat bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.

KRH Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata notis yang pertama kali seumpamanya dikeluarkan itu, antara lain mengandungi peringatan kepada KRH agar tidak membantu pergerakan atau penginapan mereka yang tiada visa haji sah.

Malah KRH turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang melanggar peraturan haji.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.

Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

"Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.

"Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan terhadap dua individu terbabit berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang...ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu mengesahkan kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan enam anggota EMT dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama-sama dengan petugas antarabangsa yang lain.

“Sebahagian ahli-ahli EMT ini telah dibawa keluar masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei manakala kumpulan terakhir yang terdiri daripada dua orang ahli EMT telah dibawa keluar pada 31 Mei,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warganegara Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, sejak Selasa lepas ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab Alpine Malaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan mangsa Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di ‘snow cave’ yang dikenali sebagai ‘Football field’.

“Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik,” menurut hantaran itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Lebih 22,800 jemaah haji Malaysia sudah berada di Makkah dan Madinah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 31,600 orang jemaah haji dari Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

"Sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji terus membawa jemaah ke Tanah Suci yang telah bermula pada 9 Mei lalu," katanya ketika berucap pada majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta, dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.

“Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor berjaya membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah iaitu serbuk dan pil ekstasi, syabu, ketamin, pil erimin 5, MDMA (methylenedioxymethamphetamine) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN, akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah. Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.

“Ini (spekulasi) tidak akan membantu siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya didapati di penghujung siasatan itu perlu diambil beberapa tindakan termasuk membawa sesiapa ke mahkamah, itu kita serah kepada AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Angka korban serangan Israel meningkat kepada 36,284 syuhada dan 82,057 mangsa cedera sejak 7 Oktober lalu.

#ismaweb
#alleyesonrafah
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
33 hospital tidak dapat berfungsi akibat pengeboman penjajah Israel.

- Pejabat Media Kerajaan di Gaza

#ismaweb
#alleyesonrafah
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Selepas pengumuman Israel pada Rabu bahawa ia telah menguasai Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Palestin-Mesir, sekatan tentera terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa langkah itu memutuskan hubungan geografi antara Gaza dengan Mesir, membolehkan pentadbiran Tel Aviv menghalang atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Wilayah itu sedang mengalami krisis kemanusiaan terburuk akibat serangan berterusan tentera rejim sejak 7 Okt lepas.

Seramai 2.3 juta rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza paling terjejas dengan perkembangan itu di mana mereka sudah menghadapi kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang teruk akibat sekatan Israel.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Ribuan individu yang mengenakan pakaian putih dan hitam sebagai simbol solidariti, berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta Pusat pada Sabtu, menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Koalisi Indonesia Bela Baitulmuqaddis (KIBBM) dengan tema, “Seluruh Mata Tertumpu pada Rafah”, bermula pada pukul 6 pagi waktu tempatan.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada kira-kira 4 petang.

"Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek," katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas ditimpa pokok tumbang susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan semalam memaklumkan kejadian yang berlaku di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul itu tidak melibatkan mangsa.

Menurut kenyataan itu kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Kiara 1, Mont Kiara yang menghalang lalu lintas namun tidak melibatkan mangsa dan kenderaan.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwaan pmberian kontrak projek rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor mengaitkan syarikat suaminya.

Menerusi hantaran di laman X, Hannah berkata siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaraan dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.

Katanya beliau dan seluruh rakyat berhak untuk mendapatkan kebenaran dan bukti berhubung perkara itu yang turut melibatkan syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) di mana suaminya, M. Ramachandran merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati individu yang mendaftar untuk menunaikan haji menggunakan visa mujamalah supaya memilih syarikat pelancongan yang dilesenkan oleh TH sebagai syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ini kerana semua syarikat PJH telah disaring dengan teliti dan telus bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.

“Saringan itu dilakukan bagi memastikan mereka mempunyai keupayaan kewangan, ‘track record’ pengurusan jemaah yang baik dan diyakini sebagai syarikat berwibawa.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
2024/06/02 04:57:31
Back to Top
HTML Embed Code: